
Lawati laman RASMI disini : - http://www.ppppm.com.my/
1. Menjadi perantara ataupun mediator di antara orang ramai ataupun pengguna dengan bank-bank ataupun syarikat-syarikat kewangan berhubung dengan permasalahan dan aduan yang dibuat terhadap pihak-pihak tersebut.
2. Membantu mereka yang menghadapi masalah dengan peminjam wang berlesen atau peminjam wang tidak berlesen (ALONG).
3. Menjadi suara rakyat atau orang ramai atapun pengguna untuk menyampaikan permasalahan orang ramai dan pengguna terutamanya dalam hal-hal kepenggunaan.
4. Membantu orang ramai ataupun pengguna untuk mencari jalan penyelesaian terbaik terutamanya dalam hal-hal ketidakadilan pihak bank-bank atau syarikat-syarikat kewangan yang menindas dan menekan pengguna.
5. Memberi pandangan, pendapat dan khidmat nasihat dari segi undang-undang berkenaan sebaran kegiatan yang hendak di jalankan dan dilaksanakan oleh Persatuan.
6. Memberi pandangan undang-undang dalam semua segi pengurusan Persatuan.
7. Memberi pandangan undang-undang kepada pengurusan Persatuan mengenai perkara-perkara berkaitan undang-undang yang terpakai sama ada undang-undang kontrak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan.
8. Berhubung dengan panel peguam Persatuan jika perlu dan memantau perkhidmatan yang diberikan oleh Panel Peguam Persatuan termasuk memeriksa laporan-laporan yang dibuat oleh Panel Peguam Persatuan.
9. Memeriksa dan menyemak semua dokumen-dokumen yang disediakan oleh Panel Peguam Persatuan.
10. Menyediakan sebarang perjanjian yang tidak perlu disediakan oleh Panel Peguam Persatuan.
11.Menyebarkan maklumat dan berita semasa mengenai permasalahan dan kebajikan pengguna melalui media massa seperti televisyen, akhbar dan juga media sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain.
12.Menyediakan ruang dan platfom kepada pengguna untuk meluahkan masalah dan maklumat melalui media massa dan media sosial.
13.Menjalankan lain-lain tugas yang perlu sebagaimana yang diarahkan oleh Presiden Persatuan atau ahli-ahli Persatuan yang lain dari masa ke semasa.
14.Menjalankan penyelidikan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang pentadbiran, perkhidmatan dan pelbagai selain daripada perkara yang berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan, hak asasi, perlindungan pengguna dan konsumerism, polisi-polisi dan dasar-dasar kerajaan, tanah, pihak berkuasa tempatan, penswastaan, kontrak, teknologi maklumat dan kewangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan