Rabu, 11 Jun 2014

449 MUFLIS KERANA KAD KREDIT.

TAJUK UTAMA : 449 MUFLIS KERANA KAD KREDIT.

Berdasarkan statistic dikumpul pengeluar kad kredit bagi 2007 hingga 2009, tiada kes muflis dilaporkan bagi pemegang kad kredit berusia 25 tahun ke bawah, manakala bagi pemegang kad kredit berusia 26 hingga 30 tahun, kes muflis akibat hutang itu secara puratanya adalah dua orang setahun.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, lebih separuh daripada individu muflis akibat hutang kad kredit dalam tempoh tiga tahun lalu adalah individu berusia lebih 45 tahun, bermakna tanggapan bahawa golongan muda yang terbanyak menjadi muflis adalah tidak benar.

“Pada 2009, bilangan individu, diisytiharkan muflis disebabkan hutang kad kredit adalah sebanyak 0.01 peratus atau 405 orang daripada 3.2 juta pemegang kad kredit utama dan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, bilangan individu muflis kekal pada kadar sama iaitu 449 orang daripada 3.2 juta orang.”

“Sebagai contoh, Garis Panduan Kad Kredit memerlukan pengeluar kad kredit membuat rujukan kepada Sistem Maklumat Pusat Rujukan Kredit (CCRIS), iaitu system yang dilengkapi maklumat kredit pinjaman yang komprehensif untuk menilai kedudukan kewangan si pemohon,” katanya di Dewan Rakyat,semalam.

Beliau berkata, proses menerusi CCRIS membantu pengeluar kad kredit menilai risiko keberhutangan si pemohon sebelum meluluskan atau menolak permohonan terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan