TAJUK UTAMA : 449 MUFLIS KERANA KAD KREDIT.
Berdasarkan statistic dikumpul pengeluar kad kredit bagi 2007 hingga 2009, tiada kes muflis dilaporkan bagi pemegang kad kredit berusia 25 tahun ke bawah, manakala bagi pemegang kad kredit berusia 26 hingga 30 tahun, kes muflis akibat hutang itu secara puratanya adalah dua orang setahun.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, lebih separuh daripada individu muflis akibat hutang kad kredit dalam tempoh tiga tahun lalu adalah individu berusia lebih 45 tahun, bermakna tanggapan bahawa golongan muda yang terbanyak menjadi muflis adalah tidak benar.
“Pada 2009, bilangan individu, diisytiharkan muflis disebabkan hutang kad kredit adalah sebanyak 0.01 peratus atau 405 orang daripada 3.2 juta pemegang kad kredit utama dan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, bilangan individu muflis kekal pada kadar sama iaitu 449 orang daripada 3.2 juta orang.”
“Sebagai contoh, Garis Panduan Kad Kredit memerlukan pengeluar kad kredit membuat rujukan kepada Sistem Maklumat Pusat Rujukan Kredit (CCRIS), iaitu system yang dilengkapi maklumat kredit pinjaman yang komprehensif untuk menilai kedudukan kewangan si pemohon,” katanya di Dewan Rakyat,semalam.
Beliau berkata, proses menerusi CCRIS membantu pengeluar kad kredit menilai risiko keberhutangan si pemohon sebelum meluluskan atau menolak permohonan terbabit.
Rabu, 11 Jun 2014
ANAK DI CULIK AH LONG KERANA HUTANG AYAH

TAJUK UTAMA : ANAK DI CULIK AH LONG KERANA HUTANG AYAH.
Seorang ibu tunggal mendakwa sekumpulan ah long menculik anak perempuanya sebanyak dua kali bagi memaksanya menjelaskan hutang bekas suami.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Siti, 32 thn, itu mendakwa , dalam kejadian pertama pada 2009, anaknya yang ketika itu berusia setahun diculik ketika berada di gerai menjual makanan miliknya di Sungai Besar, Selangor. Katanya ah long kemudian memaksanya menjelaskan hutang bekas suami yang bekerja sebagai anggota tentera berjumlah RM60,000-00. Bagaimanapun Siti berkata selepas berunding, anaknya dibebaskan dua jam selepas diculik setelah dia membayar sebanyak RM1,500-00.
Malangnya, pada bulan Februari tahun lalu, anak bongsu daripada tiga beradik itu diculik buat kali kedua ketika kami keluar membeli barang di Kuala Selangor. Ketika itu dia dijadikan ‘tebusan’ oleh ah long yang sama selama sebulan. Mereka hanya membebaskan anak saya yang ketika itu berumur empat tahun selepas saya membayar wang RM4,000-00, katanya pada siding akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dab Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.
Jelas Siti, dia telah berpindah rumah sebanyak tiga kali dalam tempuh tiga tahun bagi mengelak di kesan ah long. Siti yang berpisah dengan bekas suaminya pada 2010 berkata, dia tidak tahu bila lelaki itu membuat pinjaman dengan ah long berkenaan. Tambahnya, dia kini menyara hidup dengan menjual tin kosong dan surat khabar lama, namun ia tidak cukup untuk menampung hidupnya dan tiga anak.
Katanya, baru-baru ini ah long terbabit berjaya mengesannya yang kini tinggal di Kuala Selangor dan memaksanya membayar RM200-00 setiap hari. Saya tak mampu nak bayar kerana perlu menanggunganak-anak yang masih kecil, katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong meminta kumpulan ah long itu berhenti mengganggu wanita berkenaan sebaliknya menuntut hutang daripada bekas suaminya.
# JIKA ANDA DILUAR SANA YANG MENGHADAPI PERMASALAHAN SEPERTI "AH-LONG, MONEY LENDER, RUMAH DILELONG ATAU SEBAGAINYA YANG BERKAITAN DENGAN BANK, SILA HUBUNGI SAYA - TUAN HAJI ROSLAND DI TALIAN 019-2531000 / 0193971000 ..
SEDIA MEMBERI PERKHIDMATAN DRASTIK

PERSATUAN PENYELESAIAN PENGGUNA DAN PEMINJAM MALAYSIA ("4PM") SEDIA MEMBERI PERKHIDMATAN DRASTIK
- ELAKKAN DIRI DARI DIMUFLISKAN DEMI MASA DEPAN ANDA & KELUARGA
- SELAMATKAN RUMAH ANDA DARI DILELONG
- BEBASKAN DIRI DAN KELUARGA SETELAH DI ISTIHARKAN MUFLIS
- DAPATKAN PENGURANGAN BAKI HUTANG DARI BANK & INSTITUSI KEWANGAN (REBAT)
- ELAKKAN KENDERAAN ANDA DITARIK OLEH BANK
- JANGAN ELAK DIRI @ BIMBANG KE MAHKAMAH, KAMI SEDIA MEWAKILI ANDA
- USAHALAH UNTUK BEBASKAN DIRI ANDA DARI HUTANG PIUTANG
PERSATUAN ("4PM") BUKAN PEMBERI PINJAMAN WANG BERLESEN
*DAPATKAN BANTUAN SEGERA DARI KAMI..
( SILA LIKE FANPAGE INI,TERIMA KASIH - TUAN HAJI ROSLAND - )
HUBUNGI TALIAN INI UNTUK BINCANGKAN PERMASALAHAN YANG SEDANG ANDA HADAPI : 1 700 818 707 / 019 - 253 1000 / 019 - 253 1000
https://www.facebook.com/pages/Persatuan-Penyelesaian-Pengguna-Dan-Peminjam-Malaysia/829306973765715?ref=hl
NPL - NON PERFORMING LOAN SEGERA DATANG BERURUSAN DENGAN PPPPM

TAJUK UTAMA : NPL - NON PERFORMING LOAN SEGERA DATANG BERURUSAN DENGAN PPPPM
DALAM mengharungi kehidupan seharian, kita tidak dapat lari daripada hutang sama ada bagi pembiayaan rumah, kereta, kad kredit, pinjaman peribadi, pendidikan dan sebagainya.
Malah, ada juga yang sanggup berhutang semata-mata untuk membeli kelengkapan rumah seperti perabot, peralatan memasak, barangan elektronik dan sebagainya agar dilihat mewah serta eksklusif.
Tidak kurang juga ada yang lebih berani berhutang untuk membeli barang kemas, telefon bimbit, barangan aksesori serta pelbagai produk kegunaan peribadi lain yang tidak perlu seiring dengan trend semasa.
Akibatnya, tahun lalu, seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 44 tahun diisytiharkan muflis di seluruh negara, trend tersebut yang amat membimbangkan semua pihak.
Malah keadaan itu pastinya menjejaskan masa depan golongan muda, keadaan itu juga menjadikan 41 orang bankrap setiap hari yang antaranya berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit hingga banyak hutang tertunggak selain pinjaman peribadi.
Menyedari permasalahan itu, NPL Risk management & Service sebuah syarikat mengambil tanggungjawab untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan dan kredit.
Pengasasnya, Rosland Mohd. Arif berkata, melalui perkhidmatan tersebut, sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan dengan kewangan bolehlah mendapatkan perkidmatan NPL.
"Kami bukan sahaja membantu menyelesaikan masalah-masalah orang muflis semata-mata tetapi kami turut memberi perkhidmatan rundingan berkaitan dengan kewangan,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Malah lebih menarik baru-baru ini, NPl telah berpeluang untuk bekerjasama dengan Koperasi Belia Malaysia (KBI) dalam membantu memulihkan masalah kewangan.
"Keadaan ini penting supaya masalah muflis di kalangan orang muda dapat diselesaikan sekali gus memberi tunjuk ajar cara menguruskan kewangan dengan kaedah yang betul
"Melalui perjanjian ini, kami memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan rundingan dari- pada kami bagi menyelesaikan masalah berkaitan kewangan,'' katanya lagi.
Bagaimanapun katanya lagi, melalui perkhidmatan tersebut, orang ramai juga berpeluang untuk rundingan berkaitan tindakan saman oleh bank, pemulihan status muflis, pinjaman semula rumah, pinjaman bercagar dan juga pengurusan jual beli harta.
Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) menggesa kerajaan mengkaji semula perundangan berkaitan pinjaman bagi menangani isu kebankrapan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) menggesa kerajaan mengkaji semula perundangan berkaitan pinjaman bagi menangani isu kebankrapan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Presidennya, Rosland Mohd Arif berkata, ada jalan penyelesaian yang dilihat pilihan lebih baik boleh dilakukan peminjam mahupun institusi kewangan dalam menyelesaikan masalah tunggakan pinjaman.
Biasa kita dengar peminjam yang bermasalah akan melarikan diri termasuk menyembunyikan kenderaan, menukar nombor telefon dan sebagainya bagi mengelak dikesan bank.
“Namun, apa yang menjadi masalah di sini apabila bank enggan bekerjasama atau bertolak ansur dengan peminjam dan mahu ansuran bulanan tetap dijelaskan walaupun sedar akan kekangan atau masalah si peminjam. Malah ada sebahagiannya bertindak mengemukakan pengisytiharan muflis yang dilihat bertujuan memudahkan urusan lelongan asset cagaran selepas si peminjam hilang kelayakan memiliki harta.
“Di sinilah puncanya mengapa kes muflis semakin meningkat dari tahun ke tahun di negara kita dan ia bukanlah satu perkembangan yang baik kepada ekonomi negara. Lebih-lebih lagi sebahagian besar golongan muflis ini masih muda dan aktif bekerja,” katanya kepada Harian Metro, di sini.
Rosland berkata, terdapat beberapa bank yang mendapatkan perintah mahkamah untuk menjual pinjaman dan cagaran kepada pihak ketiga jika berlaku tunggakan ansuran dalam tempoh yang lama.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana urusan pinjaman dilakukan antara bank dan peminjam. Sepatutnya perkara ini tidak boleh diluluskan mahkamah walaupun pihak bank mempunyai hak untuk bertindak demikian. Kita perlu mempersoalkan siapa dan apa kepentingan pihak ketiga ini? Biasanya mereka akan bertindak lebih kejam daripada bank iaitu mengambil tindakan muflis dengan kadar segera selain rakus untuk menjual asset si peminjam.
“Malah, kebanyakan asset seperti tanah dan rumah akan dijual kurang daripada harga pasaran dan ini melanggar perundangan di negara kita. Disebabkan ilmu yang cetek dalam menentukan hak, biasanya si peminjam tiada pilihan lain dan terpaksa menerima keputusan kejam pihak terbabit. Malah, mereka juga terpaksa menanggung baki hutang yang tinggal sekiranya nilai asset yang dijual tidak dapat menampung jumlah pinjaman sebenar,” katanya.
Menurut Rosland, 4PM memainkan peranan dalam membantu orang ramai yang dibelenggu masalah urusan pembayaran pinjaman berat sebelah.
“Bukan sekadar khidmat nasihat, tetapi kami bersedia menjadi orang tengah antara peminjam dengan bank bagi memcari jalan penyelesaian terbaik dan situasi menang-menang tanpa perlu membabitkan tindakan kebankrapan.
“Melalui perbincangan dan menjadi orang tengah, 4PM berjaya menangguhkan beberapa kali lelongan awam di saat akhir termasuk pengisytiharan muflis ke atas peminjam,” katanya
Orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan keluar daripada muflis boleh melayari laman web 4PM www.ppppm.com.my atau facebookhttps://www.facebook.com/tuan.rosland
Perbincangan antara Presiden NGO

Perbincangan antara Presiden NGO, Persatuan Penyelesaian Pengguna Dan Peminjam Malaysia (“4PM”), Tuan Haji Rosland bersama wakil Persatuan Indian Community Dan Agensi Lelongan Harta untuk menandatangani satu perjanjian M.O.U. bagi pihak ahli-ahli Persatuan Indian Community itu.
Tujuan mereka datang ke Persatuan NGO (“4PM”) kerana ingin menggunakan Khidmat Nasihat dan juga Bantuan bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dan tindakan dari pihak Bank kepada ahli-ahli mereka.
Persatuan NGO (“4PM”) mengalu-alukan kepada semua persatuan-persatuan lain dan juga individu-individu yang berkaitan untuk datang berurusan dengan kami dan mengajukan permasalahan yang mereka hadapi.
Tuan Haji Rosland sendiri boleh dihubungi di talian ini : 1 700 818 707
ADUAN - Hutang kad kredit yang semakin meningkat

Perbincangan Tuan Haji Rosland bersama Si Peminjam Bank mengenai Pinjaman Peribadi dan juga Kad Kredit. Pinjaman Peribadi yang dibuat Si Peminjam Bank tersebut hanya RM20k sahaja. Tetapi semenjak dua (2) tahun kebelakangan ini, Si Peminjam Bank tersebut mengalami permasalahan perniagaan yang semakin merudum dan membuatkan hutang Si Peminjam Bank tersebut mencecah hingga RM28k.
Si Peminjam Bank itu juga mempunyai satu (1) Pinjaman Kad Kredit yang bernilai RM15k, beliau telah mengalami masalah yang sama dimana tertunggaknya pinjaman sebanyak RM15k yang kini telah pun mencecah hingga RM30k gara-gara permasalahan yang sama. (Perniagaan semakin merudum)
Tujuan Si Peminjam Bank ini datang ke PERSATUAN PENYELESAIAN PENGGUNA DAN PEMINJAM MALAYSIA (“4PM”) kerana ingin mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan baki hutang Pinjaman Peribadi yang telah dibayar selama lima (5) tahun itu. Dan, Si Peminjam Bank tersebut juga ingin meminta rayuan terhadap Bank supaya dapat merendahkan bayaran bulanan yang tertunggak itu .
Pihak Persatuan “4PM” sedia memberi khidmat bantuan kepada Si Peminjam Bank tersebut dan berharap pihak Bank akan keluarkan satu tarikh perbincangan bersama dengan Si Peminjam Bank untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
# Sila emailkan jika anda mempunyai permasalahan yang sama seperti di atas ke : ppppm.persatuan@yahoo.com Atau anda juga dialu-alukan untuk terus menghubungi Tuan Haji Rosland di talian : 019-2531000 / 1-700-818-707 / 019-3971000
PPPPM (4PM) URUS NPL CCRIS, CTOS, MUFLIS 1 di MALAYSIA

PPPPM (4PM) URUS NPL CCRIS, CTOS, MUFLIS 1 MALAYSIA
Kami di "4PM" sedia membantu menyelesaikan masalah anda dengan apa cara sekalipun demi penyelesaian yang anda inginkan. Seperti :- menghentikan tindakan rumah-rumah yang akan dilelong, tindakan kepada peminjam-peminjam yang akan dimufliskan, menghentikan tindakan harta-harta yang akan disita, membantu untuk mengurangkan faedah-faedah yang telah tertunggak dan juga lain-lain permasalahan yang anda hadapi. Sila bawa dokumen-dokumen sesuai dengan permasalahan yang ingin di atasi. Sila tulis kronologi setiap permasalahan yang dihadapi, untuk dibincangkan di pejabat. Jika ingin mendapat perkhidmatan penyelesaian diuruskan dengan lebih cepat dan berkesan. Setiap permasalahan dapat diatasi jika diuruskan dengan bijaksana. Sila datang ke pejabat kami yang beralamat di 2B, Tingkat 2, Jalan Wawasan 2/4 , Bandar Baru Ampang 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan (atas CIMB Bank). - TUAN HAJI ROSLAND MOHD ARIF - 019-253 1000 / 019-397 1000 / 013-272 3000
Talian untuk dihubungi

Sila hubungi saya di talian ini , Tuan Haji Rosland M. Arif
Waktu pejabat :
9.30am - 6pm ( Isnin - Jumaat )
9.30am - 3pm ( Sabtu )
Hotline : 1 700 818 707
Pejabat :
03 - 4296 5788
03 - 4296 6788
03 - 4296 9788
Emailkan permasalahan yang anda hadapi ke alamat ini :
ppppm.persatuan@yahoo.com / hj.rosland@gmail.com
PPPPM (4PM) URUS NPL CCRIS, CTOS, MUFLIS 1 MALAYSIA

PPPPM (4PM) URUS NPL CCRIS, CTOS, MUFLIS 1 MALAYSIA
Kami di "4PM" sedia membantu menyelesaikan masalah anda dengan apa cara sekalipun demi penyelesaian yang anda inginkan. Seperti :- menghentikan tindakan rumah-rumah yang akan dilelong, tindakan kepada peminjam-peminjam yang akan dimufliskan, menghentikan tindakan harta-harta yang akan disita, membantu untuk mengurangkan faedah-faedah yang telah tertunggak dan juga lain-lain permasalahan yang anda hadapi. Sila bawa dokumen-dokumen sesuai dengan permasalahan yang ingin di atasi. Sila tulis kronologi setiap permasalahan yang dihadapi, untuk dibincangkan di pejabat. Jika ingin mendapat perkhidmatan penyelesaian diuruskan dengan lebih cepat dan berkesan. Setiap permasalahan dapat diatasi jika diuruskan dengan bijaksana. Sila datang ke pejabat kami yang beralamat di 2B, Tingkat 2, Jalan Wawasan 2/4 , Bandar Baru Ampang 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan (atas CIMB Bank). - TUAN HAJI ROSLAND MOHD ARIF - 019-253 1000 / 019-397 1000 / 013-272 3000
Lawati laman RASMI disini : - http://www.ppppm.com.my/
PIHAK KETIGA LEBIH KEJAM

KAWASAN di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Melaka, empat negeri paling kerap ketika ini mencatat kes lelongan rumah dan tanah.
Kes bankrap ketara di situ. Namun lebih teruk lagi, sekarang menjadi trend pula tindakan serentak dilaksanakan pihak bank ke atas individu terbabit.
Kadang-kala ada yang sepatutnya dilelong hartanya (rumah) dulu dan selepas itu baru diambil tindakan selanjutnya,tetapi ini tidak berlaku, sebaliknya si individu dibankrapkan dulu. Sedangkan sepatutnya dilelong hartanya (rumah atau tanah) dan apabila sudah dilelong, berapa jumlah (duit) yang diperoleh, sudah boleh “cover”
“Ini bila bankrap, kuasa ke atas harta itu hilang, jadi bank boleh buat sesuka hati…lelong. Walhal, kalau seseorang itu bankrap, bank tak dapat apa-apa pun. Semacam suatu kepuasan pula untuk melepaskan geram atau dendam semata-semata,” ujar Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd. Arif (gambar) ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Dalam kes terbaharu yang diterima pihak 4PM melibatkan seorang bekas pengurus sebuah syarikat insurans. Dia dikatakan mengambil pinjaman perumahan. Nasib malangnya bermula apabila berhenti kerja pada 2010. Alibatnya, dia tidak dibenarkan untuk terus membayar ansuran bulanan memandangkan dia bukan lagi kakitangan di syarikat itu. Sepatutnya, kalau berhenti kerja, bekas majikan dalam tempoh setahun perlu memaklumkan kepada individu terbabit bahawa dia mesti kena buat pinjaman luar.
Antara tahun 2010 hingga 2012, dia dipanggil hadir di syarikat berkenaan. Dan akhirnya dia berjaya melunaskan RM25,000.00 bayaran bulanan untuk perjanjian sambung bayar yang diteruskan. Tetapi dalam tempoh tiga bulan, individu berkenaan tiba-tiba menerima surat lelong.
Yang peliknya, kata Rosland, tidak ada surat daripada bank mengatakan individu itu telah membyar tunai RM25,000.00 itu.
Walaupun sudah dibuat pembayaran RM25,000.00 itu, tarikh lelong ditetapkan pada 6 Januari 2014.“Dia kemudian jumpa kami (4PM) untuk kaedah penyelesaiannya. Akhirnya lelongan ditangguhkan.”
“Untuk urusan penyelesaian, pihak kami tidak jumpasyarikat insurans terbabit tetapi menemui pengurusan Tabung Haji (TH) untuk menyelesaikannya, yang mana syarikat berkenaan di bawah TH,” katanya.
Kes kedua yang diterima 4PM pula membabitkan seorang Mejar (B) yang meminjam wang daripada peminjam berlesen kira-kira RM100,000.00. Pemijam bagaimanapun Cuma dapat bersih pinjaman RM85,000.00. Setelah dia buat bayaran RM200,000.00 hutang masih tidak selesai. Harta telah dikaveatkan, walhal sudah bayar RM200,000.00.
“Selepas itu, kita panggil peminjam berlesen terbabit untuk runding, dia datang dan setuju untuk lepaskan mangsa dengan mensyaratkan kadar bayaran 1.8 peratus sebulan.”
“Mereka datang dengan gengnya, kemudian kami berunding lagi sehingga kami kenal pasti bahawa mereka ini (peminjam berlesen tadi) sebenarnya telah menyalahi Akta Pemberi Wang Pinjaman Wang 1951. Akhirnya, peminjam berlesen tarik diri.”
“Kalau tidak tuntutan mencecah hingga RM400,000.00 dengan setiap hari kalau lambat bayar dikenakan faedah RM5,000.00.” kata Rosland lagi.
Kes seterusnya yang sedang ditangani oleh 4PM melibatkan pinjaman perumahan seorang individu dengan bank, yang akan dijual hartanya ke pihak ketiga. Pihak ketiga yang bukan bumiputera ini beribu pejabat di Hong Kong.
Tarikh lelong kemudian ditetapkan, Pihak peminjam bertemu dengan staf Rosland tiga hari sebelum tarikh lelongan.
“Pihak kami kemudian membuat siasatan dan yakim kesilapan telah berlaku bahawa tanah milik orang Melayu tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Kami kemudian menemui seorang penolong pegawai daerah (ADO) yang kemudian memanggil pentadbir yang mahu tetapkan tarikh lelong.
“Saya kemudian menarik perhatiannya…anda perasan taka pa yang berlaku bahawa ini tidak boleh dijual kepada bukan bumiputera. Akhirnya, didapati memang tidak boleh dibenarkan urusan jual beli, maka ditangguh lelongan itu,” cerita Rosland.
Namun, sambung Rosland, kes itu tidak habis disitu. Tujuh bulan kemudian, tiba-tiba ditetapkan tarikh siasatan. Peminjam hadir sendiri dan kali ini nadanya berbeza pula. Dikatakan pula, sebuah bank telah dibenarkan untuk menjual tanah milik Melayu berkenaan.
“Namun, setelah pihak kami siasat, rupa-rupanya urusan penjualan kepada pihak ketiga ini melibatkan nombor siri yang sama, iaitu nombor sirinya dengan nombor siri syarikat bukan bumiputera itu sama. Kes ini akhirnya tergantung tanpa ada pembeli,” katanya.
Rosland memberitahu, terdapat beberapa bank yang mendapatkan perintah mahkamah untuk menjual cagaran kepada pihak ketiga jika berlaku tunggakan ansuran dalam tempoh yang lama.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana urusan pinjaman dilakukanantara bank dan peminjam. Sepatutnya perkara ini tidak boleh diluluskan oleh mahkamah walaupun pihak bank mempunyai hak untuk bertindak demikian.”
“Kita perlu mempersoalkan siapa dan apa kepentingan pihak ketiga ini? Biasanya mereka akan bertindak lebih kejam daripada bank iaitu mengambil tindakan muflis dengan rakus untuk menjual asset si peminjam.”
“Disebabkan ilmu yang cetek dalam menentukan hak, biasanya si peminjam tiada pilihan lain dan terpaksa menerima keputusan kejam pihak terbabit. Bahkan, mereka juga terpaksa menanggung hutang yang tinggal sekiranya nilai asset yang dijual tidak dapat menampung jumlah pinjaman sebenar,” katanya.
Dalam hal ini, kata Rosland, 4PM sedia memainkan peranannya.Bukan sekadar khidmat nasihat, bahkan menjadi orang tengah antara peminjam dengan bank lagi mencari jalan penyelesaiannya terbaik dan situasi menang-menang tanpa perlu membabitkan tindakan kebankrapan.
Melalui perbincangan dan menjadi orang tengah, 4PM berjaya menangguhkan beberapa kali lelongan awam di saat akhir termasuk pengistiharan muflis ke atas peminjam. 4PM dan Rosland sendiri boleh dihubungi di talian 019-253 1000/019-397 1000 atau email kan permasalahan anda ke alamat ini : ppppm.persatuan@yahoo.com
SEDIA MEMBANTU

Pernahkah anda menghadapi masalah-masalah seperti ini di Bank ??
- Rumah bakal dilelong ....
- Masalah pinjaman Kad Kredit
- Pinjaman Peribadi
- Pinjaman Perniagaan (SME)
- Kenderaan yang akan ditarik oleh pihak Bank kerana menghadapi masalah sukar untuk dibayar atas sebab-sebab tertentu.
- Masalah Blacklist, CCRIS, dan juga CTOS ??
- Muflis atau lain-lain
Inginkan jalan penyelesaian di "luar kotak" ?? Kami di PERSATUAN "4PM" (NON GOVERMENT ORGANIZATION) SEDIA MEMBANTU ANDA menangani masalah-masalah seperti berikut !!
ADUAN - Kondominium akan kena lelong

25 April 2014 ..... Perbincangan Tuan Haji Rosland dengan Pengadu mengenai rumah kondominiumnya di Damansara yang bernilai RM380k yang akan dilelong pada 05 Mei 2014 lalu. Alhamdullilah pada tarikh 28 April 2014, segala tindakan lelong telah dihentikan.
ADUAN - Bank tuntut 800k .. tetapi tiada perjanjian dibuat.

Perbincangan Tuan Haji Rosland dengan Pengadu mengenai tuntutan pihak Bank kepada Pengadu sejumlah RM800k++ yang menjadi satu kesangsian kerana pengadu tak pernah menandatangani sebarang perjanjian pinjaman dengan bank tersebut. Dalam perkara ini beliau hanya membantu satu syarikat untuk meletakkan harta beliau yang bernilai RM250k sebagai cagaran THIRD PARTY CHARGE. 4PM akan menyiasat dan meneliti kes ini, sebelum membawa pengadu ini ke Bank untuk berunding.
ADUAN - Rumah hrndak kena lelong

Pengadu memberitahu rumah yang didiami oleh kedua ibu bapa mereka akan dilelong dan mereka telah berunding dengan pihak bank tetapi gagal. Lelongan tersebut tetap akan diteruskan. "4PM" sedia mengatasi masalah apa sekalipun demi menyelamatkan harta mereka dari dilelong.
Tindakan PPPM
Bank itu ber-Ibu pejabat di Jalan Yap Kuan Seng, lelongan itu telah dapat dihentikan walaupun Si Pengadu tidak dapat membayar keseluruhan tunggakan yang sudah tertunggak lama itu. Dalam perundingan bersama dengan pihak Bank dan Pengadu, “4PM” telah memainkan peranan menjadi orang tengah bagi kedua belah pihak, dan akhirnya pihak Bank setuju menerima pembayaran secara ansuran dalam tempoh masa enam (6) bulan dan perkara itu telah selesai.

Lawati laman RASMI disini : - http://www.ppppm.com.my/
Kami di "4PM" sedia membantu menyelesaikan masalah anda dengan apa cara sekalipun demi penyelesaian yang anda inginkan. Seperti :- menghentikan tindakan rumah-rumah yang akan dilelong, tindakan kepada peminjam-peminjam yang akan dimufliskan, menghentikan tindakan harta-harta yang akan disita, membantu untuk mengurangkan faedah-faedah yang telah tertunggak dan juga lain-lain permasalahan yang anda hadapi. Sila bawa dokumen-dokumen sesuai dengan permasalahan yang ingin di atasi. Sila tulis kronologi setiap permasalahan yang dihadapi, untuk dibincangkan di pejabat. Jika ingin mendapat perkhidmatan penyelesaian diuruskan dengan lebih cepat dan berkesan. Setiap permasalahan dapat diatasi jika diuruskan dengan bijaksana.- TUAN HAJI ROSLAND MOHD ARIF - 019-253 1000 / 019-397 1000 / 013-272 3000 & Talian Hotline PPPPM 1-700-818-707
SKOP DAN BIDANG KUASA PERSATUAN

Lawati laman RASMI disini : - http://www.ppppm.com.my/
1. Menjadi perantara ataupun mediator di antara orang ramai ataupun pengguna dengan bank-bank ataupun syarikat-syarikat kewangan berhubung dengan permasalahan dan aduan yang dibuat terhadap pihak-pihak tersebut.
2. Membantu mereka yang menghadapi masalah dengan peminjam wang berlesen atau peminjam wang tidak berlesen (ALONG).
3. Menjadi suara rakyat atau orang ramai atapun pengguna untuk menyampaikan permasalahan orang ramai dan pengguna terutamanya dalam hal-hal kepenggunaan.
4. Membantu orang ramai ataupun pengguna untuk mencari jalan penyelesaian terbaik terutamanya dalam hal-hal ketidakadilan pihak bank-bank atau syarikat-syarikat kewangan yang menindas dan menekan pengguna.
5. Memberi pandangan, pendapat dan khidmat nasihat dari segi undang-undang berkenaan sebaran kegiatan yang hendak di jalankan dan dilaksanakan oleh Persatuan.
6. Memberi pandangan undang-undang dalam semua segi pengurusan Persatuan.
7. Memberi pandangan undang-undang kepada pengurusan Persatuan mengenai perkara-perkara berkaitan undang-undang yang terpakai sama ada undang-undang kontrak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan.
8. Berhubung dengan panel peguam Persatuan jika perlu dan memantau perkhidmatan yang diberikan oleh Panel Peguam Persatuan termasuk memeriksa laporan-laporan yang dibuat oleh Panel Peguam Persatuan.
9. Memeriksa dan menyemak semua dokumen-dokumen yang disediakan oleh Panel Peguam Persatuan.
10. Menyediakan sebarang perjanjian yang tidak perlu disediakan oleh Panel Peguam Persatuan.
11.Menyebarkan maklumat dan berita semasa mengenai permasalahan dan kebajikan pengguna melalui media massa seperti televisyen, akhbar dan juga media sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain.
12.Menyediakan ruang dan platfom kepada pengguna untuk meluahkan masalah dan maklumat melalui media massa dan media sosial.
13.Menjalankan lain-lain tugas yang perlu sebagaimana yang diarahkan oleh Presiden Persatuan atau ahli-ahli Persatuan yang lain dari masa ke semasa.
14.Menjalankan penyelidikan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang pentadbiran, perkhidmatan dan pelbagai selain daripada perkara yang berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan, hak asasi, perlindungan pengguna dan konsumerism, polisi-polisi dan dasar-dasar kerajaan, tanah, pihak berkuasa tempatan, penswastaan, kontrak, teknologi maklumat dan kewangan.
Persatuan Penyelesaian Pengguna Dan Peminjam Malaysia (“4PM”)
Langgan:
Catatan (Atom)